Tuesday, June 23, 2009

Nice weekend... : )

19 Jun -
How's lucky am I?
Ada gadis ayu teman pergi Pudu dari pejabat.
Jumpa van yang nak pergi LRT.
Gadis ayu naik, saya pun naiklah.
Kami selamat tiba ke LRT walaupun agak yakin nak menumpang kerana ada 3 orang wanita di dalam van itu.
Saya dimarahi oleh jejaka kacak kerana selambe je naik van tersebut.
Walaubagaimanapun, selamat dah.
Saya beli tiket ke Plaza Rakyat.
Saya duduk dalam LRT sambil berbual dengan gadis ayu itu.
Gadis ayu menarik tangan saya dari kaunter ke kaunter lain sehingga dapat tiket ke Melaka.
Gadis ayu bawa saya membeli jambu kerana saya mahukan.
Gadis ayu itu menemankan saya sehingga saya naik bas.
Saya menaiki bas ke Melaka.
Dalam perjalanan ada wanita cantik menelefon.
Untuk memastikan saya di mana dan ada tempat tinggal di Melaka.
Setibanya di Melaka Sentral, saya telah ditunggu oleh lelaki kacak.
Solat jama' isya' dan maghrib di surau.
Lelaki kacak itu juga solat Isya'.
Oleh sebab lapar, kami pergi ke kedai makan.
Kami order asam pedas ikan pari.
Asam pedas ini dimasukkan bersama dengan perencah tomyam.
Saya rasa kenyang dan puas hati.
Eye on Malaysia berputar.
Saya gayat sikit.
Berempat satu gondola.
Saya pergi ke rumah gadis comel untuk merehatkan diri.
Selepas sms dan berbual di telefon dengan lelaki kacak.
Gadis itu memberikan katil untuk saya tidur.

20 Jun-
How about today? Is it lucky too?
Gadis comel membangunkan saya untuk solat subuh.
Saya kejutkan lelaki kacak bangun solat.
ZzzZZZ..Tidur setelah selesai.
Bangun jam 10.00pagi.
Berbual dengan lelaki kacak.
Lelaki kacak akan datang jam 12.30 tengah hari.
Hujan dalam jam 12 tengah hari.
Tangguhkan masa untuk keluar kerana hujan.
Saya ajak gadis comel berjalan ke kedai makan berpayung.
Dalam perjalanan pulang, saya ingin membeli jambu.
Jambu batu 4 biji RM1.50.
Makan tengah hari di rumah beserta jambu batu.
Lelaki kacak masak di rumahnya.
Masak ayam masak merah.
Mesti sedap.
Lelaki kacak hadir dengan 2 rakannya menaiki kereta.
Semua pergi ke Mahkota Parade kecuali gadis comel.
Bermain bowling.
Siapa kalah dan siapa menang?
Rahsia.
Makan ais krim choc 'n' nuts.
Makan satay celup, yong tau fu, Big Apple [donat yang melelehkan coklat].
Baju yang telah dipakai perlu dibasuh dalam mesin basuh.
Dilamun rindu sebab jumpa amat sekejap.
Di kala mahu tutup lampu bilik tidur.
Terdengar bunyi dari tikar getah.
Bila buka lampu.
Ada katak sedang melompat.
Jeritan jam 11 lebih malam.
Dua gadis ini penggeli katak.
Saya menelefon lelaki kacak.
"Penting!!".
Lelaki kacak hadir dengan rakannya.
Jam 12.00 malam.
Menghalau katak ke luar.
Pastikan bilik tiada katak lagi.
Betulkan lampu yang rosak.
Terima kasih lelaki kacak.
Kehadiranmu membawa erti bagiku yang memerlukanmu di kala itu.
Tutup lubang bawah pintu utama dengan kotak.
Tidur tanpa tutup lampu.

21 Jun-
Gadis comel kejut selesai solat subuh.
Bangun awal.
Mandi awal.
Berjalan lebih awal.
Membeli tiket ke KL.
Makan tengah hari di town.
Wow!
Menu yang sedap dan banyak.
Mencuci gambar paspot.
Solat di surau.
Mencari cendol.
Makan cendol.
Tapau cendol.
Ambil beg.
Pergi U green.
Makan cendol lagi.
Makan keledek goreng, pisang goreng, buah melaka.
Berendam dalam kolam renang.
Mandi.
Solat.
Makan malam.
Menu: Nasi goreng chicken chop RM4.00.
Mencari kedai menonton TV @ bola.
Pulang ke U green.
Tidur di atas tilam.

22 Jun-
bangun awal pagi.
Bergegas ke Melaka Sentral.
Jumpa driver bas.
Minta berhenti di Serdang.
Lelaki berkaca mata dan sopan [kata tunangnya].
Saya menunggu lelaki di atas.
Rupanya ada rakan sekolah berdiri di sisi.
Berbual kosong.
Lelaki berkaca mata datang.
Bergegas ke tempat kerja.
Makan pau yang dibeli tadi dalam perjalanan.
Masuk pejabat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pulang ke rumah.
Lipat baju.
Makan.
Baca komik Conan.
Tertidur di atas katil tanpa tutup lampu dan pintu.


Dah2...sungguh bertuah dah tu!






No comments:

Post a Comment